Mei 23

Aidilfitri 2020

Setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan, maka tibalah hari kemenangan umat Islam. Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini disambut dengan penuh keinsafan dan kemaafan. Dengan wabak covid-19 yang masih melanda, maka sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini amat berbeza sekali kerana kita tidak dapat mengunjungi rumah sanak-saudara dan rakan taulan. Namun begitu, ucapan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin tetap dilafaz bagi memohon maaf kepada semua jika ada kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan selama ini. Pada hari yang mulia ini, marilah kita saling bermaafan agar hubungan sesama kita semakin baik dan diredhai oleh Allah SWT.

Pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga SMKJR dan umat Islam seluruhnya. Kita hendaklah kekal berada di rumah bagi memastikan rantaian covid-19 dapat diputuskan dengan segera. Amalkan penjarakan sosial dan sentiasa mencuci tangan. Semoga pengorbanan kita pada kali ini dapat mengapuskan wabak covid-19.

“Taqabalallahu minna wa minkum”

Ertinya: “Mudah-mudahan Allah menerima (amal ibadah) kami dan kalian”

Kredit: youtube, sony music

Mei 16

Selamat Hari Guru

Setiap kali tiba tarikh 16 Mei, semua orang mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh dunia. Insan-insan yang dipanggil cikgu ini sentiasa bersedia menggalas tugas yang mencabar mendidik anak-anak murid dengan penuh kasih-sayang dan tanggung jawab. Semua orang mempunyai guru dan seharusnya kita menghormati para guru ini sebaris dengan ibu bapa kita. Untuk warga pendidik, jalankan amanah dan tanggujawab yang diberikan dengan penuh komitmen dan keikhlasan dan agar kita mendapat balasan yang baik daripada Allah SWT. Semoga semua pengorbanan kita ini mendapat keredhaanNya.

Selamat Hari Guru, cikgu.

Apr 23

Salam Ramadhan

Kami ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua warga SMK Jalan Reko khusunya dan semua umat Islam amnya. Semoga bulan Ramadhan tahun ini dapat kita isi dengan amalan-amalan yang diredhai oleh Allah swt.

#stayathome #staysafe #penjarakansosial

kredit: vecteezy, Raihan

Halaman 1 daripada 351234567...2030...Akhir »

Sekolah DITUTUP buat masa ini kerana PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN. Sila KEKAL DI RUMAH.