Jul 14

Pembukaan Sekolah 15 Julai

Seperti yang telah diumumkan oleh Menteri Kanan (Pelajaran), Dr Mohd Radzi Md Jidin, sekolah akan dibuka kepada semua murid mulai hari Rabu, 15 Julai 2020. Pihak sekolah telah pun melakukan persiapan rapi bagi menerima semula murid-murid sekolah ini. Pihak sekolah juga akan memastikan semua SOP yang dikeluarkan oleh KKM dan MKN dipatuhi sepenuhnya.

Selamat kembali ke sekolah semua! Jaga penjarakan sosial dan sila patuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

Jun 25

Jadual Waktu Kelas Online – Updated

Mulai Isnin (22 Jun 2020) yang lalu, pihak sekolah telah mengeluarkan Jadual Waktu yang baharu bagi murid-murid sekolah ini mengikuti kelas online bersama guru mata pelajaran masing-masing.

Diharap murid-murid dan ibu bapa mengambil maklum mengenai perkara ini serta memberi kerjasama sebaiknya agar murid-murid SMK Jalan Reko dapat meneruskan PdPc dengan lebih lancar dan tersusun.

Jun 25

Takwim 2020 – Pindaan

Bebeerapa hari yang lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM telah mengeluarkan Pindaan Takwim Persekolahan 2020 berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara ini. Pindaan ini dilakukan demi memastikan murid-murid mendapat masa yang cukup untuk meneruskan pembelajaran mereka yang terganggu akibat pandemik ini.

Diharapkan semua pihak berlapang dada dengan pindaan ini dan mengambil peluang masa yang diberikan ini untuk membantu murid-murid menghabiskan sukatan pelajaran yang perlu mereka pelajari.

Halaman 1 daripada 371234567...2030...Akhir »

Sekolah dibuka sepenuhnya untuk semua tingkatan mulai 15 Julai