«

»

Nov 15

Selamat Bersara En. Wan

Tanggal 31 Oktober 2018 merupakan hari terakhir Tuan Pengetua SMK Jalan Reko, En. Wan Roslan bin Wan Yaacob bertugas sebagai penjawat awam kerana beliau memilih untuk  bersara. Satu majlis persaraan yang diberi nama Majlis Salam Terakhir telah dihadiri oleh warga SMK Jalan Reko serta tetamu-tetamu khas yang ingin meraikan dan mengucapkan terima kasih kepada En. Wan Roslan bin Wan Yaacob atas khidmat baktinya selama ini.

Antara tetamu kenamaan yang hadir ialah Tuan Ishak bin Abdullah (Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Hulu Langat), En. Mohd Hanizan bin Muhd Hanafiah (Pen. Pengarah Kanan, Unit Menengah, Sektor Pengurusan Sekolah Jab. Pendidikan Negeri Selangor), Ir Dr. Mohd Zambri bin Harun (YDP PIBG SMKJR), Dato Hoh Hee Lee (JK Rawatan dan Pencegahan Dadah Hulu Langat), Datin Rusmahwati bt. Mohd Noor (Penasihat PPKI SMKJR), para pengetua dan guru besar daerah Hulu Langat, AJK PIBG serta ramai lagi.

Leih kurang jam 5.30 petang En. Wan Roslan bergerak meninggalkan pejabat sambil mengucapkan selamat tinggal kepada warga SMK Jalan Reko. Suasana sedih menyelubungi ketika itu. Murid-murid turut bersalaman dengan beliau sambil mengucapkan selamat bersara.

Warga SMK Jalan Reko amat bersedih atas persaraan En. Wan Roslan kerana selama 3 tahun 8 bulan beliau berkhidmat di sini, banyak perubahan yang telah beliau lakukan. Kami berasa amat bertuah kerana dapat berkhidmat di bawah pentadbiran beliau. Kehilangan ini amat kami rasai dan kami warga Kejora Reko ingin mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih atas tunjuk-ajar beliau serta sumbangan yang telah beliau berikan semasa berada di sini. Selamat Maju Jaya dan Selamat Bersara En. Wan. Kami doakan En. Wan sekeluarga sentiasa dirahmati Allah SWT.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Anda boleh menggunakan tag dan attribute HTML yang berikut: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>