«

»

Sep 10

Program TrEES 2019

SMK Jalan Reko telah menyertai program TrEES (TrEES ialah sebuah badan NGO) yang sentiasa memberi komitmen kepada sekolah agar menjaga Alam Sekitar. Antara objektif kempen ini ialah:

i) melibatkan dan memperkasakan komuniti pelajar sekolah
ii) komuniti sekolah
iii) memandu perubahan dengan anjakan minda dan mengubah tingkah-laku ahli komuniti sekolah

Jesteru, semua pihak perlu berganding-bahu dalam menjaga ekosistem kita dengan memberikan sokongan yang penuh terhadap aktiviti-aktiviti dan program yang dianjurkan. Program ini telah dilancarkan pada 22 Julai 2019 yang lalu di Dataran Cendekiawan SMK Jalan Reko. Sepanjang program ini, pelbagai aktiviti berkenaan pelestarian alam sekitar telah dibuat seperti pengumpulan bahan-bahan kitar semula, penanaman pokok-pokok herba di Taman Sains, panduan membuat baja kompos daripada sisa-sisa makan serta banyak lagi.

Program TrEES ini masih berjalan dan pihak sekolah berharap komuniti sekolah ini dapat bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan program yang amat bermakna ini. Pihak sekolah juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu program ini secara langsung atau tidak langsung. Terima kasih semua!

Gambar-gambar aktiviti TrEES boleh dilihat di bahagian GALERI TrEES (Sila Klik)

http://www.trees.org.my

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Anda boleh menggunakan tag dan attribute HTML yang berikut: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>