«

»

Jun 10

Sekolah Dibuka 24 Jun 2020

Petang tadi pada Sidang Media Khas, Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan bahawa sekolah-sekolah di seluruh negara akan dibuka secara berperingkat bermula 24 Jun 2020.

Bagi SMK Jalan Reko, hanya kelas-kelas Tingkatan 5 yang akan dibuka kepada murid-murid pada peringkat permulaan ini. Pembukaan semula sekolah ini akan mematuhi SOP yang ketat yang dikeluarkan oleh KPM dengan kerjasama KKM dan MKN. YB Menteri juga mengingatkan ibu bapa agar tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah jika mempunyai sebarang gejala seperti demam, batuk, selsema. Ini bertujuan menjaga keselamatan dan kesihatan murid-murid lain serta warga sekolah ini.

Bagi kelas-kelas Tingkatan 4, 3, 2, 1, Peralihan serta PPKI, proses pembelajaran secara dalam talian (online) akan diteruskan. Murid-murid akan berinteraksi dengan guru dan belajar secara dalam talian di rumah mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan.

Diharapkan semua pihak dapat memain peranan dalam mematuhi SOP yang telah ditetapkan agar wabak covid-19 dapat dibendung dan diputuskan penularannya dan seterusnya semua murid dapat hadir semula ke sekolah untuk meneruskan sesi persekolahan.

#kitajagakita #kitamestimenang #staysafe #stayhome

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Anda boleh menggunakan tag dan attribute HTML yang berikut: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Sekolah dibuka sepenuhnya untuk semua tingkatan mulai 15 Julai