Tips & Tricks – Gabung Data APDM – Updated Nov 2017

Anda mungkin mencari-cari cara untuk menggabungkan Data Murid semua kelas ke dalam satu sheet agar mudah untuk kita padam column yang kita tidak mahu berikan pada unit-unit lain di sekolah seperti Unit Disiplin, Unit Bimbingan dan Kaunseling dan lain-lain.

Langkah yang saya tunjukkan di bawah ini nampak panjang dan sukar tetapi sebenarnya ia merupakan proses penggabungan data yang mudah dan pantas, hanya mengambil masa 5 minit sahaja.

 

Sila ikut langkah di bawah ini satu demi satu.

Langkah 1. Muat-turun (Download) kedua-dua fail skrip ini,  Skrip 1 dan Skrip 2 (cara muat tutun ialah dengan meletakkan cursor pada Skrip 1 dan right click mouse dan pilih Save link as... Ulangi untuk Skrip 2).

 

Langkah 2.  Buka fail Skrip 1 (notepad txt file) yang telah anda muat-turun tadi.

Langkah 3.  Copy skrip yang ada dalam file Skrip 1

 

Langkah 4.  Buka file APDM (excel) yang telah dimuat turun. Anda akan dapati ada baris (rows) yang kosong.

Kita perlu buang baris kosong pada setiap kelas dengan guna skrip 1 tadi.

Langkah 5:  Pada paparan file APDM (excel) yang telah dibuka, klik butang ALT + F11 serentak. Satu tetingkap baru akan muncul (tetingkap Visual Basic)

Langkah 6:  Pada tetingkap Visual Basic, klik Insert dan kemudian Module

Langkah 7: Selepas Insert Module, satu tingkap baru akan muncul. Tampal (Paste)  skrip 1 yang telah kita copy tadi pada tingkap yang baru muncul itu.

Langkah 8: Selepas anda tampal (paste) skrip tadi, tekan butang F5. Skrip itu akan proses dalam masa 5 saat. Selepas 5 saat anda lihat pada fail excel muat turun tadi, anda akan dapati semua empty rows bagi setiap kelas telah dipadam.

* Penerangan : Empty rows setiap kelas ini perlu dipadam supaya Penggabungan Data menggunakan Skrip 2 boleh berlaku dengan jayanya.

Langkah 9:  Buka fail Skrip 2 pula (notepad txt file) – fail yang telah dimuat-turun dalam Langkah 1.

Langkah 10:  Copy skrip yang ada dalam file Skrip 2.

Langkah 11: Buka tetingkap Visual Basic (yang masih terbuka tadi) dan dan padam Skrip 1 yang ada pada tingkap itu.

Langkah 12: Setelah padamkan Skrip 1, tampal (paste) Skrip 2 tadi pada tetingkap Visual Basic itu.

Langkah 13: Selepas anda tampal (paste) Skrip 2 tadi, tekan butang F5. Skrip itu akan proses dalam masa 10 saat. Selepas 10 saat, anda lihat pada fail excel (data muat turun) semula, anda akan dapati semua maklumat murid setiap kelas telah digabungkan dalam satu paparan iaitu Combined sheet

 

Langkah 14: Make-up (hias) data yang telah digabungkan mengikut cita rasa masing-masing. Anda boleh tambah rows (baris) untuk memisahkan setiap kelas, dan tambah nama kelas kerana nama kelas tidak ada, hanya ada nama Guru Kelas. Tambah lines (garis) pada setiap sel dan macam-macam lagi. Bahagian make-up (hiasan) ini yang akan mengambil masa untuk dilakukan. Sekitar 30 minit.

Sekian sahaja buat kali ini, semoga tips ini bermanfaat untuk para guru APDM. Kita jumpa lagi di lain ruangan tips & trick. Selamat mencuba!

 

Oleh: CH

Sekolah DIBUKA UNTUK KELAS TINGKATAN 5 SAHAJA semasa PKPP mulai 24 JUN