KPI PPKI

Falsafah Pendidikan Khas

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

 

KPI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) 2020

  1. Peningkatan mata pelajaran teras (3M) tahap kefungsian sederhana dan rendah: sasaran melebihi 2%
  2. Peningkatan mata pelajaran vokasional (amali) tahap kefungsian sederhana dan rendah : sasaran melebihi 2%
  3. 100% murid mengikuti Program Transisi ke Kerjaya
  4. 65% murid mengikuti Program Pendidikan Inklusif (PPI penuh dan separa)
  5. Peningkatan kehadiran murid PPKI ke sekolah : sasaran melebihi 2%.
  6. Peningkatan Kehadiran murid ke aktiviti Kokurikulum : sasaran melebihi 2%.
  7. 100% MBK SMK Jalan Reko mendapat Elaun Murid Khas (EMK) 2020.
  8. 100% data dan maklumat E-RPI MBK dilengkapkan secara atas talian sepenuhnya.

 

 

VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Unit PPKI Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko mengupayakan sistem pendidikan khas yang berkualiti dan berkesan untuk melahirkan Murid Berkeperluan Khas yang cemerlang, berdisiplin, berdikari, berkemahiran dan berkerjaya serta mampu meningkatkan kualiti diri dan kehidupan bagi menjamin kesejahteraan bangsa dan negara.

 

 

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

Unit PPKI Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko menyediakan satu sistem pendidikan khas yang berkualiti merangkumi kepimpinan, pengurusan organisasi, kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan sukan, serta pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi membangunkan potensi Murid Berkeperluan Khas yang seimbang dan produktif dalam memenuhi Aspirasi Negara.

 

 

SLOGAN

BERDISIPLIN, BERDIKARI DAN BERKERJAYA

Sekolah dibuka sepenuhnya untuk semua tingkatan mulai 15 Julai