Ogo 31

Merdeka! Sayangi Malaysiaku

Pada 30 Ogos yang lalu, majlis Di Ambang Hari Kebangsaan telah sambut dengan meriahnya oleh warga SMK Jalan Reko. Dengan tema “Sayangi Malaysiaku”, murid-murid bersama-sama para guru telah menyanyikan lagu-lagu patriotik.

Selain itu murid-murid juga telah mempersembahkan sketsa mengenai kehebatan wira-wira negara yang membebaskan negara daripada penjajahan Jepun. Dengan ini murid-murid dapat menghayati pengorbanan dan jasa yang telah dilakukan oleh wira-wira negara.

Kita haruslah bersyukur kerana lahir di bumi bertuah ini yang telah mencapai kemerdekaan selama 61 tahun. Semoga kita dapat memahami erti sebenar kemerdekaan dan bersama-sama mempertahankan kemerdekaaan yang telah kita kecapi ini. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Sayangi Malaysiaku.

 

Ogo 21

Salam Aidiladha 2018

Warga Kejora Reko dengan seikhlas hati ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Haji 2018. Semoga amalan dan pengorbanan yang kita lakukan akan diterima oleh Allah SWT… amiinn.

Jul 12

Latihan Kebakaran 2018

Latihan Kebakaran bagi SMK Jalan Reko telah diadakan pada 5hb Julai (sesi pagi) dan 10hb Julai 2018 (sesi petang). Latihan ini dibuat bagi memberi ilmu pengetahuan kepada seluruh warga sekolah tatacara yang perlu dilakukan ketika berlakunya kebakaran. Latihan kebakaran bagi kali ini dibuat dengan kerjasama para pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi beserta 9 orang anggota.

Murid-murid sekolah ini berjaya berkumpul di padang dan gelanggang bola keranjang kurang daripada 5 minit selepas loceng kebakaran berbunyi. Selepas semua warga SMK Jalan Reko telah berkumpul, pegawai Bomba dan Penyelamat En. Fadli Bin Jusni memberikan penerangan tentang langkah-langkah yang perlu diambil semasa berlakunya kebakaran. Demonstrasi memadamkan api menggunakan alat pemadam api juga dilakukan bagi menambah ilmu pengetahuan kepada semua pihak.

Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Latihan Kebakaran pada kali ini. Semoga semua orang mendapat manfaat daripada latihan ini. Tahniah Kejora Reko!

Halaman 10 daripada 34« Pertama...78910111213...2030...Akhir »