Jun 10

Pembelajaran Online

Sejak pengumuman Perdana Menteri mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan mulai 18 Mac 2020, semua sekolah di seluruh negara telah ditutup buat sementara waktu sehingga ke suatu tarikh yang akan ditentukan oleh pihak KPM.

Bagi meneruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran antara murid dan guru, pelantar dalam talian (online platform) telah digunakan oleh guru-guru SMK Jalan Reko. Antara pelantar dalam talian yang kerap digunakan ialah:

SMK Jalan Reko telah memulakan sesi pembelajaran dalam talian sejak awal PKP iaitu pada 19 Mac 2020 sehingga ke hari ini. Para guru sekolah ini telah menggunakan pelbagai pelantar untuk menjadikan sesi pembelajaran terus berjalan semasa pandemik covid-19. Jadual waktu telah disusun agar para guru setiap mata pelajaran dapat berinteraksi dan memberi pengajaran dan latihan kepada semua murid yang berada di rumah semasa PKP ini.

Diharapkan semoga semua pihak dapat memberikan kerjasama dalam menjayakan sesi pembelajaran secara dalam talian agar murid-murid dapat terus menimba ilmu dan belajar dengan sistematik setiap hari.

Akhir sekali, pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam perkara ini.

Mei 23

Aidilfitri 2020

Setelah menjalani ibadah puasa selama sebulan, maka tibalah hari kemenangan umat Islam. Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini disambut dengan penuh keinsafan dan kemaafan. Dengan wabak covid-19 yang masih melanda, maka sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini amat berbeza sekali kerana kita tidak dapat mengunjungi rumah sanak-saudara dan rakan taulan. Namun begitu, ucapan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin tetap dilafaz bagi memohon maaf kepada semua jika ada kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan selama ini. Pada hari yang mulia ini, marilah kita saling bermaafan agar hubungan sesama kita semakin baik dan diredhai oleh Allah SWT.

Pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga SMKJR dan umat Islam seluruhnya. Kita hendaklah kekal berada di rumah bagi memastikan rantaian covid-19 dapat diputuskan dengan segera. Amalkan penjarakan sosial dan sentiasa mencuci tangan. Semoga pengorbanan kita pada kali ini dapat mengapuskan wabak covid-19.

“Taqabalallahu minna wa minkum”

Ertinya: “Mudah-mudahan Allah menerima (amal ibadah) kami dan kalian”

Kredit: youtube, sony music

Mei 16

Selamat Hari Guru

Setiap kali tiba tarikh 16 Mei, semua orang mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di seluruh dunia. Insan-insan yang dipanggil cikgu ini sentiasa bersedia menggalas tugas yang mencabar mendidik anak-anak murid dengan penuh kasih-sayang dan tanggung jawab. Semua orang mempunyai guru dan seharusnya kita menghormati para guru ini sebaris dengan ibu bapa kita. Untuk warga pendidik, jalankan amanah dan tanggujawab yang diberikan dengan penuh komitmen dan keikhlasan dan agar kita mendapat balasan yang baik daripada Allah SWT. Semoga semua pengorbanan kita ini mendapat keredhaanNya.

Selamat Hari Guru, cikgu.

Halaman 2 daripada 361234567...2030...Akhir »

Sekolah DIBUKA UNTUK KELAS TINGKATAN 5 SAHAJA semasa PKPP mulai 24 JUN