Ogo 17

Terima Kasih En. Ballan!

Seluruh warga Kejora Reko ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En. Balan atas jasa dan bakti yang telah beliau curahkan kepada sekolah ini.  Beliau yang akan bersara pada 30hb Ogos 2017 telah diraikan dalam satu Majlis Persaraan yang meriah pada 1 Ogos yang  lalu.

Encik K. Ballan A/L Krishnan mula bertugas di SMK Jalan Reko pada 30hb Mac 2004 dan telah bertugas di sini kira-kira 16 tahun. Sifatnya yang peramah dan baik hati menjadikannya insan yang amat disenangi oleh warga Kejora Reko. Umurnya akan mencapai 60 tahun pada 31 Ogos 2017 nanti.

 

Warga Kejora Reko sekali lagi mengucapkan Selamat Bersara kepada En. Ballan dan berharap beliau akan hidup ceria dan bahagia bersama keluarganya yang tercinta. Segala jasa yang telah ditabur akan tetap kami kenang hingga ke akhir hayat. Jasamu Dikenang En. Ballan!

 

Kredit foto: Pn. Rohani Binti Mohd Noor

Kredit video: En. Rosman Bin Ismail

Ogo 07

Berita Kejora Reko – Sepintas Lalu

Pada 1 Ogos yang lalu dua jurulatih bolesepak daripada Jerman telah datang ke SMK Jalan Reko untuk mengadakan Kem Bolasepak untuk pasukan bolasepak SMK Jalan Reko. Kem Bolasepak ini telah berlangsung selama 3 hari berturut-turut. Dua orang jurulatih dari Jerman tersebut ialah Mr. Oliver Rathnenow dan Mr. Johannes Schropfer.

SMK Jalan Reko bertuah kerana telah dipilih untuk menyertai Kem Bolasepak anjuran Auf Ballhohe dan German Malaysia Institute (GMI). Turut serta dalam kem ini ialah jurulatih sekolah ini iaitu Cikgu Roselizam dan dibantu oleh Cikgu Jaya Chandran

Setinggi-tinggi-tinggi ucapan tahniah kepada skuad sepak takraw sekolah kerana telah berjaya menduduki tempat ketiga dalam Sirkit Sepak Takraw Selangor. Skuad ini telah dibimbing oleh dua orang jurulatih takraw yang berpengalaman iaitu Cikgu Izwan bin Abd Latiff dan Cikgu Mohd Syahizam bin Shair.

 

Seorang pelajar SMK Jalan Reko iaitu Nur Rasyidah Binti Md Yusof (4 Pudina) telah berjaya memenangi pingat gangsa dalam pertandingan silat Kejuaraan Remaja Kebangsaan Pertubuhan Seni Silat Gayung Fatani Malaysia 2017 yang berlangsung pada 14-16 Julai 2017 di Kompleks Muhibbah, Taman Nirwana Ampang, Selangor Darul Ehsan. Jurulatih pasukan silat sekolah ini ialah cikgu Azan Shukri Bin Yusuf. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Azan dan adik Nur Rasyidah atas kejayaan tersebut.

 

Skuad Hoki SMK Jalan Reko juga menerima berita gembira apabila terpilih untuk mengambil bahagian dalam Liga Hoki Selangor (Kategori Bawah 14 Tahun) yang akan bermula pada 19 Ogos sehingga 10 September 2017. Semoga Cikgu Salmi bin Zakaria dan pasukan hoki Kejora Reko dapat mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri Selangor dan kebangsaan. Syabas!

Jul 27

Program Intervensi Keibubapaan Alaf Baru

Pada 20 Mei 2017, SMK Jalan Reko bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Hulu Langat telah mengajurkan Program Intervensi Keibubapaan Alaf Baru yang bertujuan membantu para ibu bapa cara mendidik anak-anak dengan berkesan pada zaman yang serba mencabar kini. Selain itu ceramah ini diharap dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa betapa pentingnya pelajaran dan sahsiah terhadap anak-anak mereka.

Seramai 40 orang ibu bapa telah hadir pada pagi itu untuk mendengar ceramah yang bertajuk “Mendidik Anak Alaf Baru” yang telah disampaikan oleh En. Faizal Kamal Bin Mohamed. Selepas jamuan ringan, penceramah kedua, Encik Mohd Johari Bin Yunus pula membincangkan tajuk “Ibu Bapa Bijak, Anak Terelak Darvih. Beliau merupakan seorang pegawai di agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Hulu Langat.

Semoga perkongsian ilmu keibubapaan dapat memberi manfaat kepada semua hadirin dalam mendidik anak-anak generasi alaf baru. Sememangnya mendidik anak merupakan tanggungjawab yang berat serta mencabar. Ibu bapa perlulah mempunyai ilmu yang cukup dalam mendidik dan membesarkan anak-anak agar mereka menjadi insan yang berguna kepada keluarga, agama dan negara kelak.

Program ini berakhir kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari. Ribuan terima kasih diucapkan kepada AJK penganjur, guru-guru serta ibu bapa yang telah hadir pada program ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi dari semasa ke semasa.

Kredit: Pn. V. Gaya Sri Nair A/P Vijain Kumar

Halaman 20 daripada 34« Pertama...10...17181920212223...30...Akhir »