Mac 08

Sepak Takraw “Permata” SMK Jalan Reko

Siapa yang tidak kenal dengan permainan sepak takraw, permainan tradisi orang Melayu sejak zaman dahulu lagi. Kini permainan sepak takraw sudah dikenali diseluruh dunia! Begitulah juga dengan SMK Jalan Reko, dikenali di seluruh negeri dengan kehebatan sukan sepak takraw. Buktinya pasukan sepak takraw SMKJR telah menjadi JOHAN Kejohanan Sepak Takraw MSSD Hulu Langat 2017 dalam Kategori Bawah 15 tahun.

Lebih membanggakan adik Akmal telah dipilih sebagai Apit Kiri Terbaik Kejohanan (Kategori Bawah 15 Tahun) manakala Adik Aqwal pula telah dinobatkan sebagai Tekong Terbaik Kejohanan (Kategori Bawah 15 Tahun). Syabas kami ucapkan kepada pasukan sepak takraw SMKJR (Kategori Bawah 15 Tahun) ini. Kejohanan ini telah diadakan di SMK Engku Husain pada 6-8 Februari 2017.

 Atas kecemerlangan yang dipamerkan semasa kejohanan tersebut, 3 orang pelajar SMKJR telah terpilih untuk mewakili Pasukan Daerah Hulu Langat ke Kejohanan MSS Selangor yang berlangsung di Gombak. Mereka ialah adik Nabil, Aqwal dan Akmal. Tiga “bintang kejora” ini bersama pemain-pemain dari sekolah lain telah dibimbing oleh jurulatih berpengalaman iaitu Cikgu Shah.

Dalam Kejohanan Sepak Takraw MSS Selangor ini, pasukan sepak takraw dari Hulu Langat telah menjadi Naib Johan bagi Kategori Bawah 18 Tahun. Pasukan ini telah dibimbing oleh Jurulatih Cikgu Izwan dari SMK Jalan Reko. Sememangnya anda semua adalah bintang permata yang bersinar di SMKJR yang telah mengharumkan nama sekolah di peringkat negeri dan negara. Jasa dan pengorbanan kalian tidak akan dilupakan dan sekalung penghargaan untuk Bintang-Bintang Kejora ini ikhlas dari warga SMKJR.

Tahniah dan syabas… teruskan kecemerlangan anda.

Oleh: AdminCH

Kredit foto: Cikgu Izwan

Mac 02

Tahniah Skuad Hoki Elit Kejora!

Belum terlambat rasanya untuk mengucapkan tahniah kepada skuad Hoki sekolah (Elit) yang telah mengharumkan nama SMK Jalan Reko apabila menjadi Naib Johan dalam Kejohanan Hoki 5 Sebelah Jemputan KEHOF 2017 baru-baru ini.

Kejohanan tersebut telah diadakan di Stadium Mini Turf UPM pada 11 Februari 2017 yang lalu. Skuad hoki ini adalah di bawah bimbingan Cikgu Salmi b. Zakaria. Diharapkan skuad hoki SMKJR ini akan dapat pergi ke peringkat yang lebih jauh pada masa akan datang sekaligus mengharumkan nama SMK Jalan Reko….Syabas!

Oleh: AdminCH

Kredit foto: En. Salmi bin Zakaria

Mac 01

Skuad VLE Frog Reko menerjah daerah Petaling Perdana

1 MAC, SMK TTDI JAYA : Seramai tujuh skuad VLE FROG SMK Jalan Reko telah terlibat secara langsung dalam Program Jalinan Rangkaian VLE Frog di SMK TTDI Jaya. Melalui hubungan akademik Cikgu Mohamad Jalil dengan Cikgu Aida (SMK TTDI Jaya), bengkel VLE Frog berjaya menembusi daerah Petaling Perdana. Kehadiran skuad dan guru disambut baik. Bengkel berjalan dengan lancar, peserta di ajar menggunakan widgjet forum, externel link dan embed website.

Suasana kemeriahan skuad bersama dengan guru pengiring.

Halaman 29 daripada 34« Pertama...1020...26272829303132...Akhir »