Mac 01

Suria ‘JUARA’ lagi…

26 FEBRUARI, UNITEN : Kejohanan Balapan dan Padang tidak asing lagi dalam arena sesi persekolahan. Walaupun diadakan pada hujung minggu, kehadiran murid dan sokongan ibu bapa serta guru amat membanggakan. Pelbagai acara diadakan pada hari ini. Suasana yang mengejutkan dengan keputusan bahawa rumah sukan Buana naik dari tangga keempat ke tangga naib juara. Juara Kejohanan Balapan dan Padang kali ini disandang oleh juara bertahan, iaitu rumah sukan Suria. Tempat ketiga milik rumah sukan Samudera dan Tempat keempat menjadi milik rumah Sukan Purnama. Tahniah dan syabas diucapkan. Kepada yang mendapat hadiah, tahniah. Kepada yang kurang bernasib baik, teruskan usaha lagi tahun depan.

Lagi gambar telah dimuatkan di dalam laman VLE FRog ‘Kokurikulum Best 2017’

Mac 01

Bengkel PUFFS Persatuan Bahasa Melayu Sesi Pagi

28 FEBRUARI, Hubschool SMK Jalan Reko telah menganjurkan bengkel PUFFS – Projek untuk murid. Bengkel ini dihadiri oleh Cikgu Rohani Mat Nor iaitu guru penasihat Persatuan Bahasa Melayu dan 23 orang peserta yang terdiri daripada murid tingkatan 4 dan 5. Dengan menghadiri bengkel ini, murid dapat menyediakan diri untuk mengedit laman yang dikongsikan oleh guru penasihat mereka. Murid sangat memberikan komitmen yang baik semasa bengkel dijalankan.

Suasana bengkel berlangsung.

Disediakan oleh : Mohamad Jalil bin Mohamad Yunus

(Guru Advokasi VLE Frog Negeri Selangor)

Feb 27

Bengkel TEH AIS, GULAI DAN CHENDOL

ISNIN, 27 Februari 2017

HUBSCHOOL SMK JALAN REKO, keinginan menimba ilmu tidak pernah putus. Hari ini telah diadakan Bengkel TEH AIS dan GULAI kepada 13 orang guru dan Bengkel CHENDOL kepada 4 orang guru yang ingin mengukuhkan pengetahuan dalam penggunaan VLE Frog. Bengkel dikendalikan oleh Encik Mohamad Jalil bin Mohamad Yunus, Guru Advokasi Emas Negeri Selangor.

Dalam kelapangan masa cuti kerana semalam telah berlangsungnya Kejohanan Balapan dan Padang, guru-guru ini telah meminta untuk diadakan bengkel untuk mereka. Pada hari ini, peserta bengkel TEH AIS telah belajar membina borang dalam talian menggunakan widgjet ‘form’, membina tinjauan menggunakan widgjet ‘poll’ dan membina kuiz dalam talian menggunakan widgjet ‘kuiz’. Di samping itu, dalam slot GULAI pula, peserta bengkel telah berkenalan dengan kuiz yang terdapat dalam aplikasi ‘frogplay’. Perserta juga berpeluang mengetahui cara membina kuiz sendiri dan cara memberikan tugasan kepada murid.

Bengkel seterusnya ialah bengkel CHENDOL. Bengkel ini memberi peluang kepada peserta belajar cara menggunakan widgjet ‘forum’, ‘external link’ dan ’embed website’. Peserta dapat belajar mengambil pautan luar dan membenamkan pautan luar ke dalam laman.

Syabas dan tahniah diucapkan. Terima kasih atas kehadiran peserta bengkel.

Suasana berlangsungnya bengkel.

Terima kasih.

Halaman 30 daripada 34« Pertama...1020...27282930313233...Akhir »