Feb 26

Pehimpunan Kokurikulum KRS 2017

Nama Program : Perhimpunan Kokurikulum

Tarikh / Hari / Masa : 15 Februari / Rabu / 2.30 hingg 3.30 petang

Tempat : Dataran Berbumbung SMK Jalan Reko

Anjuran : Unit Kokurikulum – KRS

Laporan :

Unit Kokurikulum dimestikan membuat perhimpunan kokurikulum bagi perlihatkan bakat murid dalam mengendalikan sesebuah perhimpunan rasmi dari segi protokol. Perhimpunan Kokurikulum ini di bawah kelolaan Puan Nadzratun. Kebiasaannya, perhimpunan seperti ini akan diadakan .sekali dalam setiap bulan. Perhimpunan kokurikulum ini dimulakan dengan Unit KRS.

Perhimpunan ini dirasmikan oleh Encik Zulkifli bin Ahmad Karman Shah. Dihadiri oleh barisan pentadbir dan semua GKMP. Juga dimeriahkan dengan kehadiran semua guru penasihat unit beruniform. Tidak ketinggalan juga murid yang hadir perjumpaan kokurikulum pada hari tersebut.

Tahniah Unit KRS kerana dapat menjayakan perhimpunan kokurikulum dengan jayanya.

Suasana Perhimpunan Kokurikulum.

Feb 25

HUBSCHOOL VLE Frog : Perjumpaan 1.0 Guru Advokasi Hulu Langat bersama dengan Wakil PPD dan Wakil Frogasia

Kumpulan Guru Advokasi Hulu Langat bersama dengan wakil Frogasia dan Wakil PPD.

Pada 23 Februari 2017, HUBSCHOOL VLE Frog SMK Jalan Reko dikunjungi oleh 14 Guru Advokasi Hulu Langat dan seorang wakil PPD, Encik Razi, PKG Bangi serta wakil dari Frofasia Puan Puvan. Kunjungan kali ini adalah untuk membuat draf perjalanan guru-guru advokasi Hulu Langat bagi merealisasikan anjakan ke-7 dalam PPPM.

Feb 24

Pelancaran Hari Nilam 1Selangor (HaN1S) dan Penyampaian Hadiah Infohunt 2017

Pelancaran HaN1S ini telah dirasmikan oleh En. Mohamad Zulkifli B. Ahmad Kharman Shah,

Penolong Kanan Pentadbiran SMK Jalan Reko.

 

Pada 24 Februari 2017 telah berlangsung majlis pelancaran Hari Nilam 1 Selangor (HaN1S) peringkat sekolah. Program HaN1S diadakan adalah bertujuan menyemai penghayatan budaya membaca dan selaras dengan kehendak serta perancangan Kementerian Pelajaran Malaysia. Sehubungan dengan itu Jabatan Pendidikan Negeri Selangor dengan kerjasama Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor mencadangkan Hari NILAM 1Selangor diadakan pada setiap 25 Februari setiap tahun bermula pada tahun 2016.

 

 

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH – Infohunt 2017

Infohunt 2017 merupakan suatu pertandingan Anjuran Pusat Sumber Sekolah (PSS) dengan kerjasama Management & Science University (MSU). Pertandingan ini diadakan untuk memilih dua kumpulan terbaik bagi mewakili sekolah ke Pertandingan Infohunt peringkat Kebangsaan di MSU, Shah Alam pada bulan Julai nanti.

Halaman 31 daripada 34« Pertama...1020...28293031323334