Feb 20

Sukantara 2017

IMG-20170220-WA0015Pada 14 Februari (Selasa) dan 16 Februari (Khamis) yang lepas, acara Sukantara telah berlangsung dengan jayanya di padang sekolah SMK Jalan Reko. Hanya 2 acara dijalankan bagi Sukantara pada tahun ini iaitu Lari pecut 60m (Lelaki dan Perempuan) dan acara Lompat Jauh (Lelaki dan Perempuan).

Terdapat 8 kategori bagi setiap acara iaitu P1, L1, P2, L2, P3, L3, P4 dan L4.

IMG-20170220-WA0014Empat rumah sukan telah menyertai Sukantara pada kali ini iaitu rumah sukan Suria, Samudera, Purnama dan Buana. Markah-markah bagi acara Sukantara ini akan dicampurkan kepada markah Kejohanan Sukan dan Balapan nanti.

IMG-20170220-WA0009 Semua murid dan guru telah menunjukkan semangat kesukanan dan kesungguhan yang tinggi bagi menjayakan acara Sukantara pada tahun ini. Sekalung tahniah buat semua murid dan guru atas usaha murni ini.

Badan Cergas, Otak Cerdas

Reko Mara, Reko Jaya, KEJORA REKO!

 

 

Oleh : Admin CH

Photo Kredit : Cikgu Salmi bin Zakaria

Feb 20

Majalah WAWASAN

Majalah-Sekolah2Majalah Wawasan (Majalah sekolah SMK Jalan Reko) Edisi yang ke-20 telah pun terbit dan sedang diedarkan kepada murid-murid. Majalah ini memaparkan pelbagai maklumat mengenai sekolah ini bagi sepanjang tahun 2016.

Tahniah kepada murid dan Guru Sidang Redaksi sekolah atas kejayaan menerbitkan majalah pada kali ini.

 

Feb 15

LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL)

 

852113037_74609

Pada hari Rabu, 15 Feb 2017, satu latihan kebakaran telah dibuat di SMK Jalan Reko, Kajang. Loceng kebakaran telah berbunyi kira-kira pada pukul 9.30 pagi. Serentak dengan itu, semua warga SMK Jalan Reko telah bergegas ke tempat berhimpun (padang sekolah) dengan teratur dan cermat.

852119571_75071

Pihak sekolah juga telah menghubungi Balai Bomba Bandar Baru Bangi untuk memberitahu tentang Latihan Kebakaran yang dibuat. Beberapa minit kemudian, satu jentera bomba bersama pasukan penyelamatnya  telah tiba di perkarangan sekolah.

852106043_131046

Satu demonstrasi memadamkan api telah dibuat oleh anggota bomba dan penyelamat sambil disaksikan oleh semua murid dan guru.

Tahniah dan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan latihan ini. Syabas!

REKO MARA, REKO JAYA, KEJORA REKO!

 

Oleh : Admin CH

Photo credit : Pn. Rohani binti Mohd Noor

Halaman 32 daripada 34« Pertama...1020...28293031323334