Jul 09

Hari Bicara Akademik 2019

Hari Bicara Akademik telah diadakan pada hari Jumaat, 28 Jun 2019 yang lalu. Ia diadakan bertujuan untuk membolehkan para ibu bapa dan penjaga mengambil tahu tentang perkembangan pelajaran dan sahsiah anak-anak mereka. Pada waktu inilah perbincangan antara guru dan ibu bapa serta penjaga dapat dilakukan agar kedua-dua pihak dapat mengetahui sebarang masalah yang timbul dan seterusnya membantu anak-anak mereka belajar dengan baik di sekolah.

Semoga pertemuan antara ibu bapa dengan guru ini dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada murid-murid sekolah ini bagi meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah mereka.

Jul 09

Google Classroom

Mulai 1 Julai 2019 ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak lagi melanggan perkhidmatan Frog VLE. KPM telah bersetuju untuk menggunakan Google Classroom sebagai opsyen pelantar pembelajaran alternatif selepas tamat kontrak perkhidmatan 1BestariNet Fasa 2 KPM.

*Pautan: https://www.moe.gov.my/index.php/en/pemberitahuan/announcement/5495-google-classroom-gc

Jul 05

Upacara Pecah Tanah Surau SMK Jalan Reko

Syukur alhamdulillah, pada 2 Julai 2019 yang lalu sekitar jam 10.00 pagi, satu acara bersejarah telah berlangsung di SMK Jalan Reko. Upacara pecah tanah menandakan permulaan kerja-kerja  pembinaan bangunan surau baharu sekolah ini telah dilakukan. Upacara pecah tanah surau baharu ini telah dirasmikan oleh Ybhg Dato Hj A. Rahman bin Safari, Timbalan Presiden KLIA Holdings. Turut hadir ialah Datin Rusmahwati bt Mohd Noor, Pn. Maimun binti Mohamed (Pengetua), En. Abu Mansor Mat Urdi bin Yahaya (Pen. Kanan Pentadbiran), En. Abdul Rahman bin Ajam (mantan YDP PIBG), Pn. Noor Liza bt. Ahmad Ghazali, En. Wan Roslan bin Wan Yaacob (mantan Pengetua) serta Ir. Dr. Zambri bin Harun (YDP PIBG) serta ramai lagi para tetamu.

Surau baharu ini dijangka siap dalam masa 3-4 bulan lagi dan diharapkan agar warga sekolah ini dapat memanfaatkan sepenuhnya surau yang baharu ini. Rancangan membina surau ini sudah lama  dibuat (lebih 5 tahun) namun hanya baru-baru ini sahaja ia dapat direalisasikan setelah mendapat dana yang cukup dan kelulusan daripada pihak berkuasa.

Terima kasih ingin kami ucapkan kepada semua warga sekolah ini termasuk para ibu bapa, PIBG, dan warga setempat yang telah bersusah payah mengumpul dana untuk membina sebuah surau yang baharu untuk sekolah ini. Semoga semua usaha kita ini akan mendapat redha Allah SWT. Terima kasih semua.

*Kepada sesiapa yang masih ingin menyumbang wang ringgit kepada pembinaan surau ini, anda dialu-alukan untuk menghubungi pihak sekolah di talian 03-8737 2912 atau boleh terus melakukan deposit tunai ke akaun BANK ISLAM atas nama PIBG SEK MEN KEB JALAN REKO dengan nombor akaun 12029010014138.

*Sila tuliskankan DERMA SURAU supaya memudahkan pihak bendahari PIBG dapat mengasingkan derma tuan/puan untuk tujuan pembangunan surau.

Reko Mara Reko Jaya

Halaman 5 daripada 35« Pertama...2345678...2030...Akhir »

Sekolah DITUTUP buat masa ini kerana PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN. Sila KEKAL DI RUMAH.