Sep 11

Salam Maal Hijrah

1 Muharram merupakan hari pertama bagi kalendar Hijrah umat Islam. Kalendar ini mula digunakan pada zaman pemerintahan Sahabat Rasulullah SAW iaitu Saidina Umar al-Khattab RA selepas 11 tahun peristiwa Hijrah Rasulullah SAW bersama para penduduk Mekah (Muhajirin) ke Madinah. Di Madinah, Rasulullah SAW telah mempersaudarakan kaum Muhajirin Mekah dengan kaum Ansar di Madinah. Ikatan persaudaraan inilah yang telah menyatupadukan umat Islam menjadi kuat.

Kita perlu mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa Hijrah Rasulullah SAW agar kita dapat mengukuhkaan tali persaudaraan sesama kita agar menjadi ummah yang kuat. Sesuai dengan tema Maal Hijrah tahun ini iaitu Menyantuni Umat Membawa Rahmat, marilah kita menjalinkan hubungan yang erat antara satu sama lain agar hidup kita menjadi diredhai dan dirahmati oleh Allah SWT.

Reko Mara! Reko Jaya! Kejora Reko!

Sep 10

Selamat Datang En. Ridzuan

Warga Kejora Reko ingin mengalu-alukan kehadiran Penolong Kanan HEM yang baharu, En. Mohd. Ridzuan bin Abdullah ke sekolah ini. Beliau mula melapor diri di sekolah ini pada 23 Julai yang lalu bagi menggantikan En. Mohd Razali bin Mat Yassin yang telah dinaikkan pangkat menjadi Pengetua di SMK Khir Johari, Beranang.

Sebelum ini, En. Mohd Ridzuan bertugas di SMK Bandar Tun Hussien Onn 2. Semoga dengan pengalaman yang ada pada En. Mohd. Ridzuan, beliau dapat mencurahkan jasa dan bakti beliau kepada sekolah ini.

Selamat datang PK HEM yang baharu, En. Mohd Ridzuan bin Abdullah ke keluarga SMK Jalan Reko.

Sep 05

Adiwira TIMSS Kejora Reko

SMK Jalan Reko bertuah kerana telah terpilih sebagai salah sebuah sekolah di daerah Hulu Langat yang terlibat dengan TIMSS (Trends in International Mathemathics and Science Study). TIMSS merupakan satu kajian penanda aras yang melibatkan murid-murid Tingkatan 2 bagi subjek Sains dan Metematik di peringkat antarabangsa. Pada tahun ini kelas 2 Angsana dan 2 Malinja telah dipilih sebagai Adiwira TIMSS.

Isnin lalu, satu majlis telah diadakan bagi mengumumkan kelas 2 Angsana dan 2 Malinja telah dipilih bagi mewakili Malaysia dalam kajian ini. Penolong Kanan Pentadbiran SMK Jalan Reko, Ustaz Abu Mansor Mat Urdi bin Yahaya telah meyampaikan “Button Badge” kepada setiap murid kelas-kelas berkenaan.

Kemudian para pelajar  ini telah membaca Ikrar untuk menjawab soalan-soalan TIMSS dengan baik dan bersungguh-sungguh kerana mereka antara murid-murid yang akan membawa nama negara ke peringkat antarabangsa. Bacaan ikrar ini diketuai oleh adik Mohamad Azam bin Azman.

Adiwira-adiwira TIMSS Kejora Reko juga telah dibawa ke Karnival STEM di UiTM Shah Alam pada 28 Ogos yang lalu bagi mendedahkan murid-murid kepada ilmu sains. Seramai 39 orang murid dan diiringi 3 orang guru telah pergi ke karnival tesebut.

Halaman 9 daripada 34« Pertama...6789101112...2030...Akhir »