Profil PPKI

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN REKO, 43000 KAJANG

  1. PENGENALAN

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko merupakan program pendidikan khas integrasi bagi kategori murid berkeperluan khas (MBK) masalah pembelajaran. Program ini mula beroperasi pada 2 Januari 1996 dengan 24 orang murid dan 3 orang guru. Sehingga kini jumlah MBK telah bertambah menjadi 119 orang iaitu 104 orang di PPKI dan 15 di Program Pendidikan Inklusif Penuh.  Sebanyak 14 kelas PPKI diwujudkan dengan bimbingan 21 orang guru dan dibantu oleh 7 orang Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Manakala, seorang Penolong Kanan Pendidikan Khas telah dilantik pada tahun 2009. Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko merupakan program pertama peringkat menengah bagi murid berkeperluan khas masalah pembelajaran di Daerah Hulu Langat.  MBK yang mencapai umur 13 tahun boleh melanjutkan persekolahan ke peringkat menengah hingga umur 19 tahun. (data hingga 31.10.19)

VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko mengupayakan sistem pendidikan yang berkualiti dan berkesan untuk melahirkan insan cemerlang dari segi intelek, kognitif, afektif, konatif dan sosial menjadi generasi yang dapat menjamin kesejahteraan bangsa dan negara

Unit PPKI Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko mengupayakan sistem pendidikan khas yang berkualiti dan berkesan untuk melahirkan murid berkeperluan khas yang cemerlang, berdisiplin, berdikari, berkemahiran dan berkerjaya serta mampu meningkatkan kualiti diri dan kehidupan bagi menjamin kesejahteraan bangsa dan negara.

MISI

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko menyediakan satu sistem pendidikan yang berkualiti merangkumi kepimpinan, pengurusan organisasi, kurikulum, kokurikulum dan sukan, hal ehwal murid serta pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi membangunkan potensi murid dalam memenuhi Aspirasi Negara

Unit PPKI Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko menyediakan satu sistem pendidikan khas yang berkualiti merangkumi kepimpinan, pengurusan organisasi, kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum dan sukan,  serta pengajaran dan pembelajaran yang berkesan bagi membangunkan potensi murid berkeperluan khas yang seimbang dan produktif dalam memenuhi Aspirasi Negara.

SLOGAN SEKOLAH

REKO MARA, REKO JAYA

2. OBJEKTIF PPKI

  • Memastikan Murid Berkeperluan Khas (MBK) masalah pembelajaran mendapat tempat yang sama dalam pendidikan.
  • Memaksimumkan potensi intelek, emosi, sosial dan jasmani MBK masalah pembelajaran secara optimum sesuai dengan tahap kebolehupayaan akademik dan fizikal murid.
  • Menyediakan MBK masalah pembelajaran berkemahiran bersosialisasi dan diterima dalam masyarakat.
  • Menyediakan MBK masalah pembelajaran yang berdikari dan berkerjaya.

3.    PENGURUSAN PPKI

Dalam konteks pendidikan bagi MBK, PPPM 2013-2025 telah dirancang secara komprehensif oleh KPM bagi memastikan modal insan berkeperluan khas berupaya mendapat peluang yang sama dalam pendidikan seperti murid aliran perdana.  Bagi merealisasikan lonjakan kecemerlangan pendidikan negara, PPKI Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko berpandukan Kod Amalan Pendidikan MBK dalam perancangan dan pengurusan serta tatacara penyampaian perkhidmatan pendidikan demi memastikan MBK memperoleh akses pendidikan yang berkualiti dan bermanfaat ke arah perkembangan hidup yang berkualiti.

  • Kurikulum

Bidang kurikulum yang diajar adalah berlandaskan kurikulum yang disarankan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSM PK)
  • Berkefungsian Tahap Sederhana
  • Berkefungsian Tahap Rendah
    • Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Bermasalah Pembelajaran (KBSMPK)
  • Waktu Persekolahan
  • Aktiviti PdPc (Isnin hingga Khamis) akan tamat pada 12.50 tengah hari untuk memberi laluan pengurusan diri MBK berkefungsian rendah (Freesia, Hisbiscus, Ixora, Jasmine, Lilium, Marigold, Tulip dan Orchid) keluar kelas dan bersedia ke pondok menunggu sebelum murid aliran perdana keluar kelas.

Aktiviti akademik dan ko akademik : mengikuti Program Transisi ke Kerjaya aktiviti dalam sekolah atau luar kawasan sekolah berdasarkan perancangan takwim tahunan ditetapkan oleh pihak sekolah di samping  aktiviti/ majlis semasa sekolah.

Aktiviti Kokurikulum : hari Selasa dan Rabu bermula daripada jam 1.30 petang  hingga 3.00 petang berdasarkan jadual aktiviti kokurikulum PPKI.

Aktiviti PROJANA :  berdasarkan takwim tahunan PPKI.

Program Pendidikan Inklusif (PPI): merentas kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid berdasarkan perancangan takwim tahunan ditetapkan oleh pihak sekolah di samping  aktiviti/ majlis semasa sekolah.

  • Strategi Pengajaran

Murid berkeperluan khas mempunyai kebolehan pencapaian pelbagai tahap dan berbeza dari murid aliran perdana. Setiap individu itu mengalami masalah yang berbeza dan kadang kala mempunyai beberapa masalah yang menjadi halangan dalam proses pembelajarannya.

Untuk mengatasi masalah perbezaan individu ini, pelaksanaan proses PdPc adalah berpandukan perkara-perkara berikut :

  1.    Rancangan Pelajaran Tahunan & Harian
  2.    E- Rancangan Pendidikan Individu  ( E-RPI ) : analisis tugasan/ senarai semak, adab belajar, pengurusan diri & tingkah laku
  3. Program Transisi ke Kerjaya/ Penilaian JJ
  4. Rekod Prestasi Amali dan Penilaian
  5. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) & Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
  6. Runding Cara Program Transisi Individu

4.   KATEGORI MURID PPKI & SYARAT KEMASUKAN

Antaranya ialah Sindrom Down, Autisma, Perkembangan Lambat, Hiperaktif,  Cerebral Palsy, Ketidakupayaan Pertuturan, Ketidakupayaan Pendengaran dan Penglihatan. Golongan murid berkeperluan khas ini merupakan murid yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Murid berkeperluan khas perlu mendaftar sebagai pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) di Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelum memohon dan mendapat penempatan persekolahan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

  • MASALAH MURID PPKI

Murid berkeperluan khas masalah pembelajaran mempunyai beberapa kategori masalah yang menjadi halangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, seperti berikut:

  1. Masalah tingkah laku – seperti menjerit, berlari, ganas, mengusik kenderaan/ barang orang lain, keluar kawasan sekolah tanpa kebenaran.
  2. Masalah pengurusan diri dan pengurusan emosi – menangis, menjerit, merajuk, terlalu sensitif atau pasif dan sebagainya.
  3. Masalah sosial dan komunikasi – tidak boleh bergaul, berkawan, suka  menyendiri dan sebagainya.
  4. Masalah koordinasi motor kasar dan halus – kurang kemampuan melakukan  gerak kerja melibatkan koordinasi motor tangan.
  5. Ketidakupayaan pertuturan – bercakap pelat, sengau, gagap, tidak mahu bercakap dan sebagainya.
  6. Ketidakupayaan fizikal– ketidakupayaan anggota badan dan mobiliti dan memerlukan alatan sokongan untuk aktiviti pembelajaran seperti kerusi roda, tongkat dan lain-lain.
  7. Ketidakupayaan pendengaran
  8. Ketidakupayaan penglihatan

Sekolah dibuka sepenuhnya untuk semua tingkatan mulai 15 Julai