Sejarah

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko telah dibuka pada 1 Disember 1994. Kawasan sekolah meliputi 8 ekar ini terletak di Ladang West Country, Kajang dan kini termasuk dalam kawasan seksyen 5, Bandar Baru Bangi. Kos pembinaannya dibiayai oleh Bank Dunia sebanyak 4.5 juta dan siap sepenuhnya pada 26 Januari 1995. Peningkatan jumlah pelajar menyebabkan kelas Tingkatan Peralihan dan Tingkatan Satu memulakan pelajaran pada sesi petang mula tahun 1998. Kelas khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) pula diwujudkan pada 2 Januari 1996.

Seterusnya, pada tahun 2002, SMKJR menjadi sekolah rintis bagi mata pelajaran vokasional di sekolah harian bagi sekolah-sekolah Daerah Hulu Langat. Dua subjek diperkenalkan iaitu Katering/Pengajian dan Lanskap/Nurseri. Pada tahun 2002 juga, sekolah ini terpilih menjadi sekolah rintis bagi program “Sekolah Selamat” dan mendapat tempat kedua peringkat Negeri Selangor. Pada bulan Jun tahun 2005, SMKJR menerima pelajar-pelajar Tingkatan Enam. Dua buah kelas dibuka iaitu sebuah kelas Tingkatan Enam Sains dan sebuah kelas Tingkatan Enam Kemanusiaan.

Pengetua pertama sekolah ini ialah Cik Kamariah bt. Mohd Sidik . Beliau telah berkhidmat bermula dari 1 Disember 1994 hingga 16 Disember 1999. Beliau telah diganti oleh Tn.Hj. Mohd Khan bin Subari iaitu dari 1 Mac 2000 hingga 10 April 2004. Kemudian diganti pula oleh Pn. Wan Fatimah bt. Wan Muda dari 1 Julai 2004 hingga 16 Ogos 2007. Pengetua yang seterunya berkhidmat ialah Pn. Rosny bt. Osman. Beliau telah memulakan perkhidmatannya di sekolah ini dari 1 September 2007 sehingga kini.